Inilah 11 Checklist Barang Baby Yang Wajib Dibawa Semasa Travel

checklist barang baby untuk travel

Checklist barang baby untuk travel ini saya sediakan masa nak travel ke Osaka Jepun. Semasa saya melancong ke Osaka, Jepun sedang berada pada musim sejuk.

Checklist barang baby untuk travel ini sangat sesuai untuk anda yang nak melancong pada musim sejuk. Saya juga akan berkongsi sedikit tips bawa bayi ke tempat sejuk.

Jika anda tidak bercuti ke tempat sejuk, anda masih boleh gunakan checklist ini. Cuma, ‘adjust-adjust’ mengikut keperluan bayi anda.

Anda wajib sediakan senarai semak barang bayi sebelum bercuti! Kalau tidak, ada kemungkinan akan ada keperluan baby yang terlepas pandang.

Sebaiknya, masa nak siapkan checklist barang baby untuk travel… Ajak pasangan anda untuk sama-sama fikir.

NOTA PENTING : 3-4 hari sebelum travel, buatlah pemeriksaan kesihatan bayi dan dapatkan nasihat doktor. Terutamanya jika nak melancong ke tempat sejuk.

11 Checklist Barang Bayi untuk Travel

Saya akan pecahkan 11 senarai keperluan ini kepada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah ‘Medical kit’. Bahagian kedua pula adalah lain-lain keperluan.

Bahagian pertama ini penting dan wajib ada. Tidak kisah hendak bercuti ke negara sejuk ataupun negara iklim tropika.

5 Barang Perlu Ada Dalam Medical Kit

#1 – Paracetamol syrup (PCM untuk baby):

Perubahan cuaca/suhu mungkin akan mengakibatkan bayi tiba-tiba demam. Anda boleh dapatkan PCM khas untuk baby di klinik atau farmasi. Tolong rujuk doktor atau ahli farmasi, sebab dos PCM adalah berbeza mengikut berat anak anda.

#2 – Nasal spray dan penyedut hingus:

Selain demam, perubahan suhu juga mungkin boleh buatkan anak anda selsema. Sebab itu kena sediakan nasal spray. Penyedut hingus pula untuk sedut hingus bayi anda. Kedua dua keperluan ini boleh dapatkan dekat klinik atau farmasi

#3 – Minyak angin (pilih yang ada kandungan minyak kayu putih):

‘Just incase’ kalau baby kembung perut.

#4 – Thermometer digital:

Penting, sebab nak guna untuk pantau suhu baby sepanjang tempoh travel.

#5 – Losyen/pelembab kulit bayi:

Bila melancong ke tempat sejuk, biasanya kulit baby akan kering. Kulit yang kering jika dibiarkan, boleh menyebabkan menggelupas dan baby rasa pedih. Sentiasa sapukan losyen pada bayi jika bercuti ke negara sejuk.

Kelima-lima barang ini perlu ada dalam medical kit untuk travel. Bahagian seterusnya, saya kongsikan 6 lagi checklist barang baby untuk travel.

6 Barang Lain Yang Diperlukan… 

#6 – Pakaian yang sesuai:

Semasa bercuti ke Osaka, ketika itu suhu sekitar 5-10 darjah celcius. Jadi, inilah senarai pakaian yang saya bawa:

  • 2 pasang baju jalan
  • 2 pasang baju tidur
  • 1 heatech (beli dekat Uniqlo)
  • 2 helai kain napkin/selimut
  • Tuala mandi
  • Baju sejuk
  • 3 pasang stokin
  • 1 topi pemanas kepala dan telinga.

Jika anda tidak bercuti semasa musim sejuk, ada keperluan diatas yang anda boleh abaikan. Mungkin juga ada penambahan perlu dibuat. Sila dapatkan nasihat pasangan anda. 😉

#7 – Tisu basah dan lampin (diapers):

2 barang ini memang ‘confirm’ kena ada.

Sebelum bercuti, kena kira berapa keping lampin yang perlu dibawa. Kena bawa cukup-cukup supaya nanti mudah. Bukan semua negara mudah nak cari lampin.

Sebagai contoh Jepun, agak susah nak cari lampin di sana. Kalau ada pun, saiz lampin terlalu kecil atau terlalu besar. Stok lampin di supermarket Jepun memang tidak banyak. Sebab, populasi bayi di Jepun tidak ramai.

Jepun adalah negara yang mempunyai lebih ramai warga tua berbanding warga muda.

#8 – Instant Stain Remover:

Untuk ni saya guna Niqa Instant Spray Remover. Tujuan bawa stain remover adalah, untuk bersihkan baju bayi yang tiba-tiba kotor. 

(Boleh tonton video demo dibawah, macam mana guna stain remover untuk hilangkan kotoran pada pakaian dengan segera)

Biasanya, makanan yang bayi makan akan terpercik atau tertumpah sedikit. Bila kena pada pakaian, jadi comot. Bila ada stain remover, anda boleh terus cuci kesan kotoran atau percikan makan dengan segera.

Saya ‘rekemen’ untuk beli dari store Shopee ini >> HS STORE (Klik untuk tengok maklumat produk)

#9 – Peralatan makan dan minum:

4 peralatan makan dan minum yang perlu dibawa:

  • Masher
  • Mangkuk makanan bayi
  • Botol susu baby
  • Breast pump/nursing cover (Bukan semua tempat ada nursing room)

Bila travel, lebih baik beli bahan mentah di tempat kita bercuti. Kalau semua hendak sumbat dalam luggage, jawabnya tidak muat. Hehe…

Bahan mentah dan masakan boleh dibeli di supermarket.

#10 – Baby Travel Bag:

Ini adalah sejenis beg khas untuk travel dan simpan keperluan bayi. Pilih beg yang span tebal, ada banyak compartment dan ada heat insulator (untuk kekalkan kesuaman susu dalam botol).

Baby travel bag Malaysia buy online

Kami guna bag macam dalam gambar diatas.  Bag ini best, semua barang asas baby boleh muat masuk. Semua pakaian, peralatan makan/minum, mainan, lampin dan medical kit untuk travel 6 hari, memang muat simpan dalam beg ini.

Selain itu, beg ini ada ruang yang besar dan banyak comparment. Jadi, mudah hendak susun  dan asingkan jenis barang mengikut compartment.

Bila semuanya kemas dan tersusun rapi, senang kita hendak ambil barang.

Oh ya! Lagi satu bag ini ada tempat gantung dekat stroller. Kalau lenguh sandang beg sebab kene berjalan jauh, gantung sahaja di stroller.

Saya sarankan beli travel beg disini >> https://shopee.com.my/BABY-TRAVEL-BAG

#11 – Stroller, baby carrier beserta rain cover stroller

Disarankan bawa stroller dan baby carrier. Sebab baby kadang-kadang ada yang tidak boleh duduk lama di stroller.

Bila baby mula merengek hendak dukung, boleh gunakan carrier.

Stroller juga perlu ada supaya baby dapat tidur dengan selesa masa travel. Disarankan guna compact stroller, sebab senang hendak lipat, kecil dan ringan untuk dibawa.

(Rain cover stroller yang saya guna masa travel ke Osaka)

Sediakan juga rain cover stroller. Lebih-lebih lagi kalau pergi tempat sejuk dan  berangin. Rain cover ini akan melindungi baby dari angin sejuk semasa berada dalam stroller.

…dan sudah tentulah tujuan utama untuk lindungi baby jika tiba-tiba hujan.

Rain cover boleh didapati disini >> Universal Stroller Rain Cover

Kesimpulan

“Yehooo! Seronoknya tak lama lagi nak bawa baby bercuti!”

Seronok itu sudah tentu, dalam masa yang sama kena ada persiapan yang rapi. Supaya, dapat bercuti dengan aman dan tenang.

11 senarai semak ini boleh dijadikan panduan persiapan anda. Selamat bercuti dan selamat menyediakan checklist barang baby untuk travel!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Mereka yang baca artikel ini juga baca artikel berikut:

Leave a Comment

© 2018 –  Foodlab.my oleh Holistic Success