Restoren Nasi Arab Paling Sedap dan Padu di Kajang dan Bandar Baru Bangi

Rating kedai:
4.5/5

Tengah cari restoren nasi arab Kajang/Bangi yang SEDAP dan CEPAT(dekat juga kalau dari bangi)

Wajib cuba makan di kedai nasi arab ni! Lagi-lagi kalau tinggal berdekatan kawasan Kajang dan Bandar Baru Bangi.

Restoren nasi arab Kajang/Bangi ni memang terbaik! =)

(Nama restoren ni sebenarnya, Restoren Al-Fattah. Tapi, dah terbiasa panggil Nasi Arab Kajang)

Btw… Yeay!

Ini adalah entri pertama dalam blog https://foodlab.my/! ^_^

Dalam blog ni… saya nak kongsi resepi masakan, saya juga nak kongsikan review lubuk makan.

…dan pengalaman travel.

Saya suka 3 benda ni, makan, masak dan travel.

3 aktiviti ni macam hobi la. Kihkih…

Jadi, untuk entri pertama ni, saya nak kongsikan pengalaman tentang…

Misi mencari restoren nasi arab Kajang dan Bangi…

Hasil dari pencarian telah berjaya bawa saya ke satu restoren nasi arab yang berada di TTDI Groove, Kajang.

Kedai ni tak jauh dari Kajang Putra, jarak hanya +-6 km je (kalau memandu tu, dalam 8-10 minit sampai dah)

Jarak Al-Fatah ni dengan Bandar Baru Bangi pun dekat je. Dalam 10-15 minit je.

“Alaaa… tu kalau jalan tak jam…”

Jangan risau, saya pun datang dari Bangi juga.

Masa datang ni ‘lunch hour’, tapi jalan langsung tak jam pun.

Jadi, memang tak ada masalah sangat la kalau nak datang.

Sebenarnya, saya dah 4 kali makan dekat restoren nasi arab ni…

Maklum la, ofis dekat Kajang.

Haaa… nampak tak, 4 kali beb makan sini.

Sebab tu sanggup tulis entri dan sangat cadangkan untuk datang cuba makan dekat sini.

Cuma, review ni ditulis lepas saya makan dengan isteri dan baby.

Okay ke bawa baby makan sini?

Bab kebersihan jangan risau, tempat ni memang bersih.

Ada ruang makan berhawa dingin dan ruang makan ‘outdoor’.

Kalau anda risau ada orang merokok ke, pilihlah untuk makan dalam ruang ‘indoor’.

Oh ya, kalau nak tau tempat makan ni bersih atau tak… cuba pergi toilet dulu.

Kalau toilet tu bersih dan terjaga, insyaAllah makanan dan dapur juga bersih.

(Tips ni mak saya yang kongsikan, sebab dia tak suka makan dekat kedai yang kotor. Geli katanya…)

Sedap ke Makanan Dekat Restoren Nasi Arab Al Fattah Kajang?

Haaa… ini bab paling penting.

Lagi-lagi bagi seorang ‘foodies’ sejati.

Pantang nenek moyang golongan ‘foodies’ ni makanan mahal dan tak sedap.

Tapi, jangan risau. Makanan dekat sini memang sedap dan berbaloi dengan harga.

Ini senarai makanan yang saya order.

1. Lamb Kabsa (Wajib Order, Nasi Arab yang Terbaik di Kajang dan Bangi)

Lamb Kabsa (Restoren Nasi Arab Kajang Bangi)

Dekat sini ada 3 size, regular (makan 1 orang), half (untuk 2  orang) dan full (4 orang).

Lamb kabsa ni, daging kambing tu dimasak sekali dengan nasi.

Apa yang membezakan kabsa dan mandi adalah, rempah yang digunakan untuk menanak tu.

Secara peribadi, saya lagi suka makan kabsa berbanding mandi, sebab lebih rasa rempah.

Tapi, kalau anda jenis yang tak suka berempah-rempah ni, order la mandi ya? =)

Apa yang sedapnya dengan Lamb Kabsa di Al-Fatah ni adalah, daging kambing tu lembut dan JUICY!

Rempah + lembut + juicy = PADU!

Lamb kabsa ni dihidangkan dengan sup, garlic yougurt dan tomato salsa.

Dipping yogurt garlic tu memang sedap.

Biasanya, bila makan dengan geng ofis saya, confirm habis dan siap order tambah lagi.

Rasa garlic yang light-light dengan yogurt tu memang ngam.

Saya cadangkan, gaulkan dipping yougurt, tomato salsa dan daging kambing tu… lepas tu makan sekali dengan nasi.

Jangan tanya saya rasa apa. Anda cuba la!

“Thank me later.”

Cuma, sup yang dihidangkan tu agak masin sikit.

Tapi, bila makan dengan nasi tu, kurang la rasa masin. Mungkin sebab tu chef masak supnya masin sikit kot.

Kot la… saya agak je.

2. Chicken cheese Pide

Cheese Pide (Restoren nasi arab Kajang Bangi)

Ni adalah sejenis makanan timur tengah ala-ala pizza gitu.

Cuma bezanya, isi ayam dan sos tu ada dalam roti, bukan jenis topping macam pizza.

Alaaa… tengok gambar tu je la, senang nak faham.

Kalau nak bayangkan puin susah.

Cheese dia memang menusuk lidah beb!

Roti ni rasa crispy diluar dan cheesy didalam. Haa… bayangkan la sendiri macam mana sedapnya menu ni.

3. Mango Shake

mango shake (restoren nasi arab kajang bangi)

Kali ni air yang saya order adalah mango shake.

Kalau anda suka minuman shake-shake ni, okay la.

Saya suka shake-shake ni, tapi bagi saya shake dia biasa je la.

Tak ada apa yang istimewa pun.

Tapi… hey! Kita datang untuk makan nasi arab kan? Kenapa nak fikir sangat tentang air?

Asalkan boleh minum dan rasanya tak membunuh lidah kita dah la kan? :p

Jadi, harga nasi arab Al-Fattah ni okay ke?

Okay, tidaklah terlalu kapak harganya.

Kira standard makanan timur-tengah la.

Semua yang saya order diatas tu hanya RM70 je. 

Memang kenyang sangat, sampai tersandar la.

Lokasi Restoren Nasi Arab Al-Fattah TTDI Groove, Kajang:

Waze/Maps: Al Fattah TTDI Grove (klik untuk dapatkan lokasi)

Akhir kata, saya simpulkan review ni dengan bintang kejora di langit utara:

Kebersihan: 4/5 bintang
Baby Friendly: 3/5 bintang
Kesedapan: 4.5/5 bintang
Harga : 4/5 bintang
Servis : 4/5 bintang

Overall, saya memang rekemen siapa-siapa yang ada di sekitar kajang, untuk datang cuba makan nasi arab dekat Restoren Al-Fattah ni.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Mereka yang baca artikel ini juga baca artikel berikut:

1 thought on “Restoren Nasi Arab Paling Sedap dan Padu di Kajang dan Bandar Baru Bangi”

Leave a Comment

© 2018 –  Foodlab.my oleh Holistic Success