Notis Privasi dan Penafian

Polisi Penafian dan Kerahsiaan 

Foodlab.my dimiliki dan diuruskan oleh Holistic Success. Pemilik laman web ini (Holistic Success) tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga. Holistic Success juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan Holistic Success menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

Apakah Maklumat yang Kami Kumpul dan Kenapa Kami Kumpul

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda. Pihak Holistic Success sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

Komen

Pemilik laman web ini berhak untuk menyunting atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa sebarang notis termasuk:

  • Komen yang disifatkan sebagai spam
  • Komen tidak senonoh
  • Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
  • Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
  • Komen yang berbaur perkauman
  • Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
  • Komen yang tidak difahami

Komen yang ditingalkan adalah menggunakan servis Gravatar. Nota privasi untuk servis Gravatar boleh diakses dari pautan ini: https://automattic.com/privacy/. 

Kesemua komen akan ditapis oleh admin foodlab.my sebelum ianya disiarkan dalam foodlab.my. Selepas komen diluluskan, gambar profil akan dipaparkan kepada umum berserta dengan komen anda.

Borang
Anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat yang anda berikan pada semua borang dalam laman foodlab.my boleh digunakan dan diproses oleh Holistic Success bagi tujuan-tujuan berikut:
  1. Mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi langganan berita dan resepi.
  2. Berhubung dengan anda melalui emel dan telefon.
  3. Memberi khidmat kepada anda.
  4. Memproses transaksi-transaksi pembayaran (jika ada).
  5. Menjawab pertanyaan-pertanyaan anda
  6. Mentadbir penyertaan anda di dalam peraduan-peraduan
  7. Melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman
  8. Tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan
  9. Memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan dari Holistic Success.

Hak cipta Artikel, Maklumat, Bahan di foodlab.my

Semua hasil penulisan di laman web foodlab.my ini adalah hak milik Holistic Success, melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda perlu meminta dan dapatkan kebenaran daripada pihak Holistic Success jika anda mahu menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari https://foodlab.my dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Polisi privasi dan penafian di foodlab.my ditulis dan sah pada 22 Disember 2018, ianya boleh diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.

© 2018 –  Foodlab.my oleh Holistic Success