Resepi Mee Goreng Simple Tapi Sedap (Mamak Style dan Versi Basah Berkuah)

Hasil Resepi Mee Goreng Mamak

Resepi mee goreng?

Ada ke orang nak tahu cara masak mi goreng?”

Tiba-tiba rasa hendak masak mee goreng. Sebelum masak, gatal tangan pergi Google, rupanya ramai juga orang cari resepi mee goreng. Haha…

Jadi, alang-alang dah masak, saya pun mahu join sekaki kongsi resepi.

Saya hendak kongsikan 2 versi, iaitu resepi mee goreng mamak (kering tidak berkuah). Satu lagi jenis yang basah berkuah.

Dari segi bahan hampir sama. Cuma, mee goreng mamak bertelur. Resepi mee goreng basah berkuah pula tidak gunakan telur.

(Perbezaan paling nyata sudah tentulah basah tu berkuah. Mamak style pula jenis kering)

Ada masanya saya suka masak berkuah basah, ada masanya buat mee goreng mamak. Jadi, terpulanglah pada anda.

Selera masing-masing. =)

BACA JUGA >> Inilah Resepi Nasi Ayam yang Paling Simple & Mudah!

Mi kuning yang Sedap: NuMee by Gardenia

Baru-baru ini saya dapat sample percuma mee kuning terbaru dari Gardenia! Apa yang bestnya, NuMee by Gardenia ini sedap sebab tidak ada rasa pahit kapur.

Mee goreng dalam perkongsian ini saya masak guna NuMee by Gardenia.

Jadi, saya memang rekemen guna mi kuning yang asli dari Gardenia.

Bahan-bahan Resepi Mee Goreng:

Bahan-bahan untuk masak mee goreng mee goreng

Bahan A (Campuran Kicap):

  1. Kicap manis 5 sudu (sedap masak guna jenama Mudim)
  2. Kicap cair 2 sudu
  3. Sos tiram 1 sudu
  4. Sos tomato 2 sudu
  5. Air 50ml

Bahan B (Tumis):

  1. Mi kuning setengah bungkus (rekemen jenama Gardenia)
  2. Ayam 1 ketul (berat +-250gm)
  3. Telur 2 biji (untuk mee goreng mamak)
  4. Bawang merah kecil 1 biji (potong biasa)
  5. Bawang Putih 2 ulas (ketuk hancur)
  6. Ikan bilis 5-6 ekor (ditumbuk lumat)

Bahan C (Pilihan, tidak wajib) :

  1. Udang
  2. Sotong
  3. Fish ball/fish cake
  4. Daging
  5. Tauhu
  6. Cekodok mamak (kalau ada la)
  7. Pes cili (kalau suka pedas-pedas sikit)
  8. Sos ikan (rahsia kedai tom yam)

Sukatan dalam resepi ini cukup untuk 2 orang makan. Kalau hendak masak untuk lebih dari 2 orang, bolehlah tambah secukup rasa.

Saya akan pecahkan resepi ini kepada 2 versi. 1 cara masak mee goreng mamak. Satu lagi macam mana untuk masak mee goreng basah berkuah.

Cara #1: Resepi Mee Goreng Mamak yang Simple

Langkah 1 : Sediakan kicap

Campurkan kesemua bahan A dalam satu mangkuk. Kalau anda suka sedikit pedas, boleh campurkan sekali pes cili yang sudah dikisar. Kacau sampai kesemua bahan menjadi sebati.

Kenapa campurkan siap-siap?

Supaya nanti masa masak jadi mudah. Hanya satu kali masuk dalam kuali.

Nama pun resepi mee goreng simple. 😉

Langkah 2 : Menumis

Tumis lauk untuk resepi mi goreng

Gunakan api yang kuat untuk panaskan kuali. Bila kuali dah mula panas, masukkan minyak secukupnya.

Selepas itu, terus masukkan kesemua bahan B dan tumiskan, kecuali telur dan mi.

Kemudian, masukkan ayam dan tumis lagi sampai ayam suku masak. Jika anda mahukan daging, sotong, udang dan fish ball/fishcake, boleh masukkan sekali.

Untuk perkongsian ini, saya tidak masukkan sebab saya nak resepi mee goreng mamak yang simple.

Langkah 3 : Goreng Mi

Hasil Resepi Mee Goreng Mamak (4)

Bila ayam sudah sedikit masak, masukkan mi dan gorengkan.

Setelah mi kuning mula sedikit lembut, jadikan bentuk sarang dan masukkan telur.

Goreng mi

Selepas itu, tunggu sampai telur mula sedikit masak.

Kemudian, kacaukan masukkan campuran kicap (Bahan A) tadi. Goreng dan ratakan kicap serta mee.

Cara #2: Resepi Mee Goreng Basah Berkuah yang Simple

Penyediaannya hamper sama seperti ‘mamak style’. Cuma, masa sediakan bahan A, anda perlu gandakan setiap sukatan. Sebab kita nak basah dan lebih berkuah.

Cara masak resepi mee goreng basah berkuah, sama macam langkah 1 hingga 3 diatas (rujuk resepi mamak).

Satu lagi perkara, untuk resepi mee goreng basah berkuah ini, anda tidak perlu masukkan telur. Resepi ini sesuai masukkan ayam, daging, udang dan sotong.

Tapi, kalau hendak juga masukkan telur, apa salahnya. Lidah masing-masing kan? 🙂

Kalau susah nak bayangkan, boleh juga follow video youtube ini.

TIPS RESEPI MI GORENG SEDAP

Rahsia resepi mee goreng sedap kedai tom yam

Petua istimewa ini saya dapat dari tukang masak kedai tom yam. Untuk jadikan resepi mi goreng lebih sedap, masukkan 1-2 sudu sos ikan. Cuma jangan terlebih guna, sos ikan kalau lebih jadi masin.

Siap Sudah Mi Goreng Simple Tapi Sedap~

mi goreng mamak style

Nah! Inilah gambar masakan kita.

Cara yang saya kongsikan ini memang simple. Tidak sampai 15 minit pun nak siapkan. Para suami pun boleh cuba.

Kalau tiada idea hendak masak apa untuk sarapan… ‘follow’ sahaja resepi mee goreng ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Mereka yang baca artikel ini juga baca artikel berikut:

Leave a Comment