Inilah Resepi Nasi Ayam (Chinese Hainan Style) yang Paling Simple & Mudah!

nasi ayam hainan

Resepi nasi ayam adalah antara carian tentang masakan yang popular di Google. Hidangan nasi ayam adalah menu pilihan ramai bila buat open house raya & buka puasa.

Ada banyak sangat variasi cara memasak. Tapi, resepi nasi ayam yang saya hendak kongsikan ini adalah versi cina. Ianya juga nasi ayam versi yang paling mudah dan simple!

Dalam perkongsian ini, saya nak tunjukkan resepi nasi ayam hainan dan roasted. Tidak banyak beza pun kedua-dua resepi ini. Beza hanya pada cara masak ayam.

Kalau rajin, masaklah kedua-dua jenis ini. Tapi, kalau hendak masak satu jenis, saya sarankan masaklah nasi ayam Hainan Chinese style. =)

BACA JUGA >> Inilah Restoren Nasi Arab Paling Sedap dan Padu!

Okay, straight to the point. Saya kongsikan bahan-bahan utama.

Bahan-bahan Resepi Nasi Ayam Hainan (versi Chinese style dan versi simple lagi mudah):

Bahan-bahan resepi nasi ayam

Bahan A (Perapan Ayam) :

  1. Kicap manis 1 sudu (jenama Mudim paling sesuai dan sedap)
  2. Kicap cair 2 sudu
  3. Sos tiram 1 sudu
  4. Bawang merah 1 biji (kisar)
  5. Bawang Putih 2 ulas (kisar)
  6. Halia 2 cm (kisar)
  7. Ayam 2 ketul (potong 12)

Bahan B (untuk nasi) :

  1. Lemak ayam (rahsia utama resepi nasi ayam cina)
  2. 5 cawan beras
  3. Bawang merah 1 biji
  4. Bawang Putih 2 ulas
  5. Halia 2 cm (ketuk hancur)
  6. Minyak bijan 1 sudu (bagi bau sedap)
  7. Mentega (rahsia rasa lemak masin)
  8. Garam

Bahan C (untuk sup dan sos) :

  1. Bawang merah 1 biji
  2. Bawang putih 4 ulas
  3. Halia 3 cm (2 cm untuk sos dan 1 cm untuk sup)
  4. Kicap cair 3 sudu
  5. Gula melaka (untuk rasa lemak manis)
  6. Cili merah 2 batang
  7. 1 sudu minyak bijan

Bahan-bahan ini cukup untuk 2 orang makan. Lepas dah sediakan bahan-bahan, jom kita masak.

Saya akan pecahkan resepi ini kepada 2 cara. 1 cara masak Hainan dan satu lagi adalah resepi nasi ayam yang mudah dan simple. Kalau anda malas kurang rajin, boleh ikut cara nombor dua. Tapi, saya paling sarankan ikut resepi nombor 1.

Sebenarnya, bahan-bahan sama je. Beza pada cara masak ayamnya sahaja.

Cara #1: Resepi Nasi Ayam Hainan

Langkah 1: Bersihkan ayam

Ini adalah langkah yang paling penting! Apa yang anda kena buat, bersihkan ayam dan trim keluarkan lemaknya.

Buang sekali lebihan kulit ayam. Lebihan kulit dan lemak ini akan digunakan untuk masak nasi ayam nanti.

Asingkan kedua-duanya bersama bahan B.

Langkah 2: Sediakan stok ayam

Untuk jadikan nasi ayam sedap, kita kena masak nasi dengan air rebusan.

Sebenarnya, buat stok ayam ini tidaklah susah. Saya tunjukkan 3 cara short cut.

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia
  2. Masukkan air dan didihkan sampai ianya menggelegak. Kena guna api besar.
  3. Bila air menggelegak, masukkan ayam dan biarkan 2-3 minit.

stok ayam

Nota Penting: Jangan terlebih rebus, nanti ayam tu masak 100%. Kita bukan nak masak sepenuh.

Lepas 2-3 minit keluarkan ayam dan rendamkan ayam dalam air bercampur ais. Biarkan selama 5 minit. Proses ini bertujuan untuk hentikan ayam dari terus masak/

Selain itu, cara ini juga akan menjadikan ayam kita juicy. Bila masak nanti, luar Nampak cantik dan isi dalam berair.

Langkah 3: Perap ayam

Perapan resepi nasi ayam hainan

Keluarkan ayam dari rendaman air ais… dan gaulkan bersama bahan A. Kalau nak lagi sedap, perapkan ayam selama 1 jam.

Tapi, jika tidak sanggup hendak menunggu, perapkan sekejap sahaja. Sambil-sambil itu, kita teruskan ke langkah 3.

Langkah 4: Masak nasi

Sediakan bahan B, kita akan guna untuk masak nasi. Inilah proses utama untuk resepi nasi ayam kita.

(Kalau tiada nasi tidak jadilah nasi ayam)

Mula-mula cairkan butter serta 1 sudu minyak bijan. Tunggu sampai periuk betul-betul panas. Butter akan menjadikan nasi rasa lemak dan berwarna kuning.

Selepas butter dah cair, kita akan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan lemak ayam.

resepi nasi ayam simple

Bila bau bahan yang ditumis dan semerbak, masukkkan beras dan kacaukan.

Akhir sekali masukkan 2 suku cawan air ayam yang kita dah sediakan masa langkah 2 tadi. Masukkan garam secukup rasa dan gaulkan.

Tutup periuk nasi dan tunggu sampai nasi masak.

Langkah 5: Masak ayam

Untuk lebih mudah, gunakan rice cooker yang siap sekali steamer. Contoh macam yang saya pakai ini.

Sambil masak nasi, ayam pun masak sekali.

Tapi, kalau anda tiada rice cooker begini, boleh steam ayam di dapur yang berasingan.

Sekarang anda hanya perlu tunggu nasi dan ayam anda masak.

Cara #2: Resepi Nasi Ayam Mudah dan Simple

Cara masak nasi boleh rujuk pada resepi nasi ayam Hainan diatas tadi. Dari segi cara masak nasi dan penyediaan stok ayam, sama sahaja seperti nasi ayam Hainan.

Cuma ada beza sedikit pada penyediaan ayam.

Anda boleh perapkan ayam bersama bahan A. Kemudian campurkan sedikit madu dan gula melaka. Akhir sekali bakarkan ayam dalam oven.

Resepi nasi ayam ini simple dan mudah sebab anda hanya perlu tunggu ayam siap dibakar dan nasi masak.

Cara masak sup, sos dan kicap

#1. Resepi Sup

Lepas dah gunakan air rebusan ayam untuk masak nasi… pasti akan ada lebihan stok.

Apa yang anda perlu buat mudah sahaja. Panaskan semula air rebusan tersebut sampai mendidih. Selepas itu, masukkan garam secukup rasa.

#2. Resepi kicap

kicap untuk nasi ayam haina

Campurkan 1 sudu minyak bijan, 3 sudu kicap cair dan 10 sudu air rebusan ayam. Kalau rasa tidak cukup masin anda boleh tambahkan sedikit lagi kicap cair. Masukkan juga sedikit gula melaka untuk dapatkan rasa lemak masin dan manis.

Kicap ini juga akan dituang pada ayam kukus hainan.

#3. Resepi sos

Resepi sos yang saya kongsikan ini adalah resepi sos nasi ayam Hainan. Ianya simple dan mudah untuk disediakan. 

Penyediannya sangat ringkas!. Anda hanya perlu blend 2 batang cili merah, 2 cm halia dan 3 ulas bawang puith. Blend ketiga-tiga bahan ini guna air rebusan ayam. Tambahkan sedikit garam dan gula.

Saya tak sempat nak ambil gambar untuk proses buat sos. Anda boleh rujuk video ini untuk ketahui lebih lanjut.

Jom makan Nasi Ayam Sedap~!

gambar nasi ayam

Jadi, inilah gambar hasil resepi nasi ayam versi Hainan dan versi mudah. Kalau tiada idea hendak masak apa… tidak tahu nak jamu apa pada tetamu… nah, inilah menua yang paling sesuai.

Kalau mak mertua nak datang bertandang, sediakan nasi ayam ini. Silap-silap, mak mertua pula minta anda kongsikan resepi nasi ayam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Mereka yang baca artikel ini juga baca artikel berikut:

Leave a Comment

© 2018 –  Foodlab.my oleh Holistic Success