3 Tempat Menarik di Nara Jepun (Daerah Kansai)

Tempat menarik di Nara Jepun
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Ada beberapa tempat Menarik di Nara yang mesti anda lawati. Siapa-siapa yang kebetulan bercuti ke Osaka, alang-alang singgah la ke Nara kejap.

BACA JUGA: Trip ke Osaka [6H5M] – (Itenari Serta Tips Bercuti ke Jepun Bersama Bayi)

Jika trip ke Osaka anda lebih 4 hari, saya sangat sarankan pergi ke 3 tempat menarik di Nara ini.

Apa yang paling menarik adalah, tempat-tempat ini cantik pemandangannya. Saya paling suka pemandangan Nara pada musim bunga. Kalau pergi masa musim luruh pun cantik juga.

Musim bunga di Nara

Satu lagi perkara yang seronok adalah, kesemua destinasi ini tidak memerlukan tiket (Baca: PERCUMA).

Okay, straight to the point!

Nah, inilah 3 tempat menarik di Nara Jepun

Jarak perjalanan dari Osaka ke sini adalah lebih kurang 30KM. Cara yang paling mudah untuk ke sini adalah melalui Subway.

Anda perlu berhenti di Stesyen Kintetsu-Nara. Masa perjalanan dari Osaka adalah lebih kurang 50 minit.

#1. Nara Deer Park

Rusa di Nara deer park

Saya ada maklumkan masuk percuma kan?

Taman ini adalah taman terbuka dan tiada tiket masuk yang diperlukan. Rusa-rusa yang ada disini semuanya rusa liar. Semuanya dibiarkan hidup bebas.

Walaupun rusa disini liar, tetapi rusa-rusa yang ada disini agak “MESRA RAKYAT”. Mungkin sebab dah biasa dengan kehadiran pelancong-pelancong yang berkunjung.

Kawasan taman ini juga sangat bersih (tipikal Jepun) dan tidak berbau busuk.

Antara aktiviti menarik di Nara Deer Park adalah, beri rusa makan. Ada sejenis biskut khas untuk rusa dijual disini. Anda boleh beli dan bagi rusa makan.

(Jangan bagi makan twisties dah la. Hehe… )

Sebenarnya, rusa-rusa dekat sini semua dah kenyang. Kalau anda tidak beri mereka makan pun tidak mengapa. Rusa-rusa ini biasanya makan rumput-rumput yang ada di sekitar taman.

Kalau anda melancong ke Kansai bersama anak kecil, memang wajib singgah ke taman rusa ini. Boleh didik anak anda untuk berkasih-sayang dengan haiwan. 😉

Okay, jom kita pergi ke tempat menarik di Nara yang kedua pula.

#2. Kuil Todaiji 

Todaiji Temple, Nara, Jepun

Ini adalah sebuah kuil Buddha. Biasanya, pelancong datang ke sini untuk menikmati pemandangan.

Kuil-kuil di Jepun biasanya dijaga dan dipenuhi dengan pokok-pokok Sakura. Bila tiba musim sakura, ramai pelancong akan datang untuk bergambar disini.

Kalau anda berjalan di belakang kuil ini, anda dapat lihat pemandangan seluruh Bandar Nara.

#3. Rumah Penginapan Ryokan

Kalau anda teringin nak rasa tinggal disuasana yang tenang, boleh tinggal 1 malam dimana-mana Ryokan di sini.

(Ryokan adalah rumah tradisional Jepun yang disewa serbagai homestay)

Selain dapat merasai pengalaman tinggal di rumah tradisional Jepun, anda boleh bangun awal pagi keesokan hari untuk hirup udara segar.

Suasana di sini sangat jauh berbeza dengan Osaka. Saya cadangan untuk tinggal 1 malam di sini.

Atau boleh juga tinggal 1 malam di Kyoto. Suasana disitu juga tenang, jauh dari hiruk pikuk kota.

#4. Pekan Nara

Buat anda yang mahu membeli buah tangan, boleh singgah di pekan. Disini ada banyak kedai-kedai menjual cenderamata.

Banyak produk-produk bertemakan rusa dijual disini. Contohnya, alas cawan corak rusa, keychain rusa dan piring corak rusa.

(Boleh beli sebagai hadiah buat ibu anda)

Anda hanya perlu sediakan wang. Barang-brang di Jepun mahal sikit. Tips dari saya, beli sahaja. Jangan sesekali “congak” berapa harganya dalam Ringgit Malaysia.

Kalau anda congak-congak, jawabnya langsung tidak berbelanja nanti.

Kesimpulan

Kalau anda sukakan suasana yang damai, ianya adalah destnasi yang seronok untuk dilawati.

Suasana disini memang jauh beza dengan Osaka dan Tokyo. Dari segi kepadatan juga, ianya tidak sesak macam Osaka.

Luangkanlah masa sekurang-kurangnya setengah hari di sini. 3 tempat menarik di Nara ini sangat mendamaikan.

Leave a Comment

© 2018 –  Foodlab.my oleh Holistic Success