7 Tempat Menarik di Osaka Jepun (Daerah Kansai) – [Itenari 6H5M]

Osaka Castle (tempat menarik di Osaka musim bunga)
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Tempat Menarik di Osaka ini wajib ada dalam senarai itenary percutian di Kansai.

Pada pendapat saya, inilah 7 tempat paling menarik di Osaka.

Semua tempat menarik di Osaka ini boleh dilawati dengan kos yang sangat minima (tak sampai RM1000).

Tidak kira samada anda bercuti ke Osaka masa musim sejuk ke, musim luruh atau musim panas… 7 lokasi ini tetap seronok untuk dikunjungi.

Lepas dah melawat kesemua 7 tempat menarik di Osaka ini, alang-alang dah sampai di daerah Kansai, lajaklah sekali ke Nara dan Kyoto.

Tapi… kalau trip anda kurang dari 5 hari, saya tidak sarankan anda pergi ke tempat-tempat di Nara dan Kyoto.

Sebab, anda perlu luangkan sekurang-kurangnya setengah hari di Kyoto dan Nara. Tapi, untuk elakkan dari terkejar-kejar, lebih baik luangkan masa sehari di kedua-dua destinasi ini.

BACA JUGA >> 3 Tempat Menarik di Nara Jepun (Hanya +-30KM dari Osaka)

7 Tempat Menarik di Osaka

Destinasi-destinasi yang sarankan ini hampir kesemuanya boleh dikunjungi sepanjang tahun.

Namun, ada beberapa tempat menarik di sini paling sesusai dilawati pada musim tertentu.

Ini disebabkan pemandangan lebih cantik pada musim tertentu (contoh masa musim bunga dan musim luruh)

Jadi, untuk memudahkan anda, saya akan pecahkan tempat-tempat ini mengikut musim.

Tempat Menarik di Osaka Musim Luruh dan Musim Bunga

Saya sekalikan musim luruh dan musim bunga. Sebab, pemandangan di Jepun paling indah ketika kedua-dua musim ini.

Semasa musim bunga, penuh dengan Sakura. Semasa musim luruh pula, penuh dengan daun-daun kuning. Memang nampak cantik dan ianya satu lanskap yang kita tidak dapat nikmati di Malaysia.

BACA JUGA >> 11 Checklist Barang Baby Yang Wajib Dibawa Semasa Travel (Serta Tips Bawa Anak Kecil Bercuti Masa Musim Sejuk)

#1. Osaka Castle

Tempat Menarik di Osaka musim luruh (Osaka Castle)(Pemandangan istana semasa musim luruh)

Inilah tempat yang wajib dilawati kerana ianya adalah ikonik. Percutian di daerah Kansai tidak lengkap jika anda tidak ke sini.

Tarikan ini boleh dilawati sepanjang tahun, cuma ianya paling sesuai dilawati semasa musim bunga dan luruh.

Sebab, istana ini dikelilingi oleh taman dan dihiasi dengan pohon-pohon Sakura. Wajib selfie dan bergambar disini.

Cadangan saya, datanglah ke sini di waktu pagi. Jadikan ia sebagai destinasi pertama yang anda kunjungi dalam senarai itenari percutian anda.

Saya cadangkan untuk datang pagi-pagi sebab udara sejuk dan segar. Rasa ‘fresh’ satu badan.

NOTA: Bunga Sakura di daerah Kansai kembang mekar sekitar minggu pertama – kedua bulan April.

Cara untuk ke sini:
Naik subway turun Stesyen Morinomiya. Keluar pada EXIT 1

Aktiviti menarik:
  • Melawat muzium sejarah dalam istana (boleh skip kalau anda tidak minat sejarah)
  • Boat ride (bersantai atas sampan sambil enjoy the moment)
  • Enjoy pemandangan sambil minum kopi di Starbucks (order americano, insyaAllah halal)
  • Berkelah di Taman (masa Sakura tengah mekar)
Berapa bayaran masuk?
  • Muzium istana : 600 yen (masuk PERCUMA kalau guna *OAP )
  • Boat ride (tidak pasti sebab tidak survey pula)
  • Berkelah di Taman : PERCUMA

#2. Universal Studio Japan

(Sekolah Harry Potter dalam Universal Studio Japan, queue panjang sangat nak masuk tempat ni. )

Apa yang menarik di Universal Studio Japan adalah, ianya juga ada permainan yang bertemakan beberapa siri anime popular.

Tapi, permainan tema anime ini bukan ada sepanjang tahun. Ianya untuk tempoh terhad.

Semasa saya pergi ke Universal Studio Japan, ada permainan bertemakan Detective Conan, Lupin the Third (anime ini tidak popular di Malaysia) dan Sailor moon.

Cuma, bagi saya permainan yang ada tidak banyak sangat. Akibatnya, setiap permainan yang anda mahu main, anda perlu beratur panjang.

(Secara purata, perlu tunggu 2 jam untuk main satu permainan)

Sedikit tips dari saya, jika mahu ke Universal Studio Japan, sila datang pada hari bekerja. Kurang sikit padat dan masa menunggu pun lebih singkat.

Tips yang kedua, sila datang pada musim luruh atau sejuk. Supaya, anda tidak terasa penat sangat beratur.

Kalau datang masa musim panas memang penat. Musim panas di Jepun lain, tidak sama macam di Malaysia. Ianya panas terik yang kering.

Cara paling mudah untuk ke sini:
Naik subway turun stesyen Sakurajima.

Berapa bayaran masuk ke Universal Studio Japan?
  • Dewasa: sekitar 7,400 yen
  • Kanak-kanak : sekitar 5,100 yen

Tiket USJ ini bergantung pada musim sebenarnya. Ada musim yang mahal, ada musim yang rendah sikit harga tiketnya.

5 Lagi Tempat Menarik… 

Tempat-tempat yang seronok di Osaka ini sesuai dikunjungi pada apa-apa musim. Tapi, saya tetap sarankan supaya bercuti ke Jepun pada musim sejuk, bunga atau luruh. Sebab nak elakkan dari cepat penat (musim panas di Jepun ni lain sikit).

Berikut saya kongsikan 5 lagi tempat menarik yang wajib anda pergi ketika melancong di sini.

#3. Tsutenkaku

Menara Tsutenkaku juga antara tempat menarik di Kansai yang mesti dilawati.

Selain dari istana, Tsutenkaku juga adalah antara ikon di Kansai. Ianya antara destinasi yang wajib ada dalam senarai itenari percutian.

TRIVIA: Menara Tsutenkaku dibina pada tahun 1912. Senibina menara ini direka berdasarkan Eiffel Tower Paris (Perancis)

Cara paling mudah untuk ke sini:
Naik subway turun stesyen Dobutsuen-Mae.

Aktiviti menarik di Tsutenkaku Tower:
  • Meneropong dan menikmati pemandangan bandar
  • Membeli cenderamata
Berapa bayaran masuk?
  • Dewasa : 700 yen
  • Remaja: 400 yen 
  • Kanak-kanak : 300 yen

Jika anda ada OAP, boleh masuk secara percuma. Nanti saya terangkan sedikit tentang OAP pada bahagian bawah artikel ini.

#4. Kaiyukan Aquarium


(Antara haiwan yang ada di Kaiyukan Aquarium)

Destinasi ini sering menjadi pilihan bagi ‘kaki travel’ masa bercuti di Kansai. Jadi, saya masukkan juga dalam senarai tempat menarik di Osaka.

Oh ya! Sebelum itu, lokasi Kaiyukan aquarium dan Tempozan Ferris Wheel adalah berdekatan. Namun, Tempozan Ferris Wheel ditutup jika cuaca kurang baik.

Jadi, jika cuaca tengah baik, pilihlah untuk naik Tempozan Ferris Wheel dahulu. 

Kemudian, boleh berkunjung ke Kaiyukan Aquarium.

(Saya akan cerita lebih lanjut tentang Tempozan Ferris Wheel di bahagian seterusnya)

Kaiyukan Aquarium ini adalah antara akuarium yang terbesar di dunia! Ada lebih kurang 3000 spesis hidupan laut disini.

Tempat ini sangat sesuai dilawati jika anda bercuti di Jepun bersama anak-anak. Boleh didik mereka untuk menghargai dan merasai keajaiban alam ciptaan tuhan.

Cara paling mudah untuk ke sini:

Naik subway turun stesyen Osakako. Keluar pada EXIT 1 dan dari situ anda boleh jalan kaki ke Tempozan Ferris Wheel dan Kaiyukan Aquarium.

Aktiviti menarik di Kaiyukan Aquarium:
  • Berekreasi sambil mempelajari tentang hidupan laut
  • Membeli cenderamata
Berapa bayaran masuk?
  • Dewasa (16 tahun ke atas): 1,600 yen
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): 2,000 yen
  • Kanak-kanak (7 hingga 15 tahun): 1,200 yen
  • Kanak-kanak (7 hingga 15 tahun): 600 yen
  • Kanak-kanak (Bawah 3 tahun): Percuma

Nota Muslim: Anda boleh solat di surau yang disediakan dalam Mall yang terletak diantara Tempozan ferris wheel dan Kaiyukan Aquarium. Pergi ke kaunter informasi untuk minta password (pintu dikunci guna password) dan minta mereka tunjukkan lokasi surau.

#5. Tempozan Ferris Wheel

Alang-alang dah melawat aquarium, anda boleh kunjungi juga Tempozan Ferris Wheel. Ianya terletak disebelah bangunan Kaiyukan Aquarium.

Tidak ada apa yang ‘special’ pun tentang ferris wheel in. Rasa macam naik Eyes On Malaysia sahaja.

Cuma, kalau anda jenis yang suka “enjoy the moment” sambil tengok pemandangan, sesuai lah naik Ferris Wheel.

Jika anda ada OAP, silalah guna untuk naik ferrris wheel ini. Percuma sahaja. =)

Aktiviti menarik di Tempozan Ferris Wheel:
  • Menikmati pemandangan daerah Kansai
Berapa bayaran masuk?
  • 800 yen (masuk PERCUMA kalau guna *OAP)

#6. Restoren Matsuri

Dah penat jalan-jalan mesti nak makan. Betul kan?

Dekat sekitar Namba, banyak kedai halal. Tapi, kalau anda cari kelainan, boleh lajak sikit ke Nodahanshin. Jemput makan di Restoren Matsuri.

Bab makan ni, memang saya rekemen makan di restoren Matsuri. Menu yang anda wajib cuba adalah, Takoyaki!

Takoyaki Halal di Restoren Matsuri Osaka(Takoyaki Halal di Restoren Matsuri)

Kenapa saya rekemen makan disini?

Sebab, anda boleh merasai pengalaman masak sendiri Takoyaki. Tapi, kalau anda malas, boleh sahaja minta yang sudah siap dimasak.

Selain itu, dekat Matsuri ada jual banyak snek dan makanan halal. Sesuai untuk anda beli sebagai buah tangan.

Satu perkara penting yang saya nak ingatkan… waktu operasi Matsuri lambat. Ianya dibuka pada jam 5 petang.

Kalau sampai awal, boleh jalan-jalan dulu di pasar basah terletak berhampiran dengan stesyen Nodahanshin.

Cara paling mudah untuk ke sini:
Naik subway dan turun di Stesyen Nodahanshin. Kemudian, keluar guna EXIT 7. Jarak exit dan Restoren Matsuri. Tak sampai 400 meter.

#7. Tombori River Cruise

Tombori river cruise

Dekat sini, anda boleh beriadah sambil menaiki sampan di sepanjang sungai.

Waktu yang terbaik untuk ke sini adalah sekitar jam 5:30. Dapat menikmati pemandangan ‘sunset’.

Durasi masa untuk river cruise ini adalah sekitar 20 minit. Lepas dah habis tu, boleh jalan-jalan di sekitar Dotonbori.

Dotonbori ini adalah lubuk shopping barang-barang fesyen berjenama, gajet, mainan kanak-kanak dan pre-love item (BACA: pakaian bundle).

Cara paling mudah untuk ke sini:
Naik subway turun stesyen Namba. Keluar pada EXIT 14.

Aktiviti menarik di Tombori River Cruise:

  • Berekreasi sambil menikmati pemandangan sepanjang sungai
  • Selfie diatas sampan? :p
  • Shopping di Dotonbori lepas dah habis naik sampan

Berapa bayaran masuk?

  • Dewasa : 900 yen (guna *OAP boleh naik boat ‘free’)
  • Kanak-kanak : 400 yen (guna *OAP boleh naik boat ‘free’)

Nota Muslim: Surau berderkatan dengan Dotonbori adalah dalam Mall Laox Daimaru Shinsaibash. Surau ada di tingkat 7 mall ini. Cuma surau ini kecil, boleh muat 3 orang sahaja dalam satu masa. Search guna aplikasi Maps: “Laox Daimaru Shinsaibashi Prayer Room”

Info PENTING tentang OAP (Osaka Amazing Pass)

Sebenarnya, banyak tempat menarik di Osaka boleh masuk secara percuma.

Anda hanya perlu dapatkan OAP. Dengan pass ini anda boleh naik train tanpa had (ada terma dan syarat).

Harga OAP

  • RM 100 (1 day pass)
  • RM 123 (2 day pass)

Pass ini boleh dibeli secara online dan dibayar menggunakan matawang Ringgit Malaysia. Pembelian boleh dibuat menggunakan aplikasi Klook.

Kalau anda baru pertama kali guna aplikasi ini, anda boleh dapat EXTRA DISKAUN.

Syaratnya, anda perlu daftar akaun Klook dari link RAHSIA ini: https://www.klook.com/en-MY/

Kalau daftar guna link biasa, tiada diskaun.

Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik di ibu kota Kansai…

Saya hanya senaraikan 7 tempat sahaja dalam artikel ini. Saya tidak dapat nak mengembara ke tempat-tempat lain. Sebab, saya bercuti ke sana bersama bayi.

Bila bercuti bersama bayi, kita tidak boleh kejar nak pergi semua tempat. Kena slow and steady.

Apa pun Osaka adalah antara bandar besar yang menarik untuk dikunjungi (selepas Seoul, hehe).

Mungkin kalau ada kesempatan di lain masa  (BACA: Tunggu anak besar), saya akan berkunjung semula dan lawati lain-lain tempat menarik di Osaka.

Leave a Comment

© 2018 –  Foodlab.my oleh Holistic Success