Trip ke Kundasang – Itenari Lengkap Beserta Bajet

Pemandangan di Sabah Tea Garden
Rating Trip:
3.5/5

Ada plan untuk trip ke Kundasang? Betul ke Kundasang ni New Zealand Malaysia?

Haaa… jangan berangan terlalu ekstrem ya? Hehe…

Sebelum anda beli tiket kapal terbang (incase anda dari Semenanjung Malaysia macam saya) dan terus terjah untuk trip ke Kundasang, baca dulu REVIEW JUJUR dari saya ni. =)

Apa yang saya kongsikan ni MUNGKIN jauh dari apa yang anda bayangkan…

…atau dari apa yang anda selalu tengok dalam FB, IG, TV dan apa je mak nenek media yang ada dalam muka bumi ni.

Sejujurnya, saya juga terpengaruh dengan media sosial. Heheh…

Sepanjang dalam kapal terbang, dalam kepala tu bayangkan dapat berjalan di padang seluas saujana.

Dapat bergambar bersama lembu-lembu corak hitam putih (macam lembu dekat tin susu). Hahaha…

Sekali… bila ‘on the day’ masa trip ke Kundasang tu…

Jeng… jeng…. jeng… jenngggg…

Nak kata 100% macam New Zealand tu tak la.

Tapi, kalau kata ala-ala tu ada la sikit (20% kot macam New Zealand).

Okay, simpan cerita tu dulu.

Sebelum saya konsgsikan lebih lanjut, saya kongsikan dulu macam mana transport untuk sepanjang trip ke Kundasang. Selain tu, nak kongsi juga apa tempat-tempat yang menarik di sana dan apa port dan kedai makan yang sedap dan halal di Kundasang.

(Wajib la cerita tentang makan, nama blog ni pun foodlab.my :p )

Selain tu, saya juga akan share berapa bajet yang diperlukan untuk berjimba-jimba sepanjang trip ke Kundasang.

Transport dari KL ke Sabah

Okay, saya cerita macam mana nak KL nak ke sana sebab saya bertolak dari KL. Kalau anda asal dari Sabah atau Sarawak, boleh skip bahagian ni dan terus baca part saya review Trip ke Kundasang (scroll bawah sikit).

Setakat yang saya tau, ada 2 cara nak ke Kundasang:

  1. KLIA → Kota Kinabalu (KK)
  2. KLIA → Sandakan

Dua-dua ‘route’ ni anda boleh pilih samada nak guna AirAsia atau Malaysia Airline.

Kalau nak jimat, boleh tunggu promo Airsia, selalu juga ada promo dari KLIA ke KK.

Saya lebih sarankan anda untuk turun di KK sebab lebih dekat dengan Kundasang. Tapi, dekat-dekat pun 2 jam juga la perjalanan tu.

Saya pilih untuk turun di Sandakan sebab kebetulan ada kenduri kahwin masa tu.

Kalau nak turun di Sandakan, kena siapkan mental sikit. Perjalanan dari Sandakan untuk trip ke Kundasang ambil masa 4jam++. Jalan pula berlubang-lubang siap dengan pakej bengkang-bengkuk lagi.

Kalau anda sewa kereta dan drive sendiri memang mencabar sikit.

Sebaiknya, pilih untuk sewa van yang siap pakej ada pemandu sekali. Jadi, anda boleh la goyang kaki tunggu sampai je.

Dari segi masa bertolak pula, saya sarankan bertolak dari KK lepas subuh.

Kalau dari Sandakan, bertolak pukul 5 pagi. Solat Subuh masa on the way.

Tempat-tempat Menarik di Kundasang

Okay, straight to the point. Saya terus share apa tempat-tempat menarik yang anda wajib pergi kalau anda buat trip ke Kundasang.

1. Desa Dairy Farm Kundasang

Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m
Bayaran Masuk : RM10.00 (dewasa) & RM5.00 (kanak-kanak)

Desa dary farm kundasang adalah tempat yang paling popular. Ini memang port orang selfie dan upload dalam IG.

Boleh dikatakan trip ke kundasang tak lengkap kalau tak pergi sini.

dairy farm Kundasang

Suasana dan pemandangan tempat ni memang cantik.

Dengan padang rumput yang hijau….

…ada lembu ala-ala spesis lembu susu new zealand tengah meragut rumput.

…udara segar, kalau sampai waktu pagi paling best! Udara pun je segar, suhu pun sejuk-sejuk nyaman.

Tapi, bukanlah terlalu sejuk.

Masa saya melawat Desa Dairy Farm Kundasang, saya tidak pakai sweater, windbreaker atau apa-apa baju sejuk pun.

Hanya pakai t-shirt lengan pendek sahaja.

Suhu di Daisy Dairy Farm Kundasang boleh dikatakan nyaman, tapi tidaklah sejuk macam New Zealand. =)

Cuma, kalau anda datang dengan baby (macam saya), lebih baik pakaikan stokin, penutup kepala, baju lengan panjang dan seluar panjang.

Lepas tu, kendung sahaja dalam baby wrap.

Aktiviti menarik di Desa Dairy Farm Kundasang

  • Beri lembu makan
  • Makan gelato (Tidak rasa macam gelato, rasanya macam soft serve ais krim biasa)
  • Shopping susu lembu dan yogurt ori dari ladang

gelato dairy farm(Gelato yang dibuat dari susu segar dari dairy farm Kundasang)

shopping produk dekat dairy farm Kundasang(Segar dan ori dari dairy farm Kundasang. Tarbaik dari ladang.)

Sebenarnya, Dairy Farm Kundasang ini sesuai untuk anda yang sukakan pemandangan. Tempat ini tiada banyak aktiviti yang menarik.

Kalau mahukan maklumat lanjut, boleh rujuk di halaman Desa Dairy Farm Kundasang di laman web Sabah Tourism.

(Nota: Gambar diambil dari FB Rasmi Desa Dairy Farm Kundasang)

2. Kedai makan yang sedap dan halal di Kundasang

Dekat Dairy Farm, biasanya akan luangkan masa dalam 1-2 jam je. Serius kejap je, sebab tempatnya tidak besar sangat.

Lepas dah habis beraktiviti, bolehlah makan tengah hari pula.

Hmmm… kedai makan apa yang sedap di Kundasang?

Ada 1 kedai ni memang saya rekemen. Alang-alang dah ada di Kundasang, singgah sekali makan sayap ayam madu Wak Ali.

Memang orang Sabah panggil sayam ayam. =)

Rasa kepak ayam madu wak ali ni memang padu punya! Anda tidak akan dapat rasa yang sama di semenanjung.

(Memang power kedai ni, sehari dua tong ayam mereka perap)

Perapan ayam wak ali ni memang sedap, makan kosong macam itu sahaja pun dah best.

Tapi, kalau cicah sekali dengan sambal kicap, lagi berkali-ganda dia punya sedap tu. Rasa masam-masam, pedas-pedas tu, bila cicah kepak ayam madu, rasa dia memang padu!

kepak ayam madu Wak Ali Kundasang

Untuk datang ke sini, anda boleh search guna waze/google maps “Nasi Ayam Antarabangsa”. Kedai wak ali ni ada dekat Nasi Ayam Antarabangsa.

Selain dari menu kepak ayam, anda boleh order makan tengah hari di kedai Nasi Ayam Antarabangsa ni.

Biasalah, lidah melayu kan?

Wajib ada nasi-nasi bila nak lunch.

Dekat kedai Nasi Ayam Antarabangsa ni ada nasi campur, nasi ayam dan soto.

Mungkin rasa makanan tu tak sesuai untuk lidah segelintir orang semenanjung. Tapi, inilah kedai makan yang paling sedap dan halal di Kundasang.

Lepas dah makan-makan, kita pergi ke destinasi seterusnya.

3. Sabah Tea Garden Ranau

Waktu Operasi : 7:00 a.m – 8:00 p.m
Bayaran Masuk : Percuma

Pemandangan di Sabah Tea Garden

Lepas dah kenyang makan, kena jalan-jalan balik. Supaya lemak-lemak tepu yang kita makan tadi dibakar. :p

Sabah Tea Garden ni adalah ladang teh yang organik.

Maksudnya, segala proses dari A hingga Z, semuanya bebas dari penggunaan bahan kimia sintetik dan berbahaya.

Daun teh di Sabah Tea Garden tidak disembur dengan sebarang racun dan baja sintetik.

Lepas dah penat jalan-jalan, singgah minum the dulu. Dekat Sabah Tea Garden Ranau ni ada cafe.

Anda boleh tengok menu lengkap dalam page FB Sabah Tea Garden Ranau.

Sabah Tea Garden ni ni best kalau anda suka permandangan ala-ala cameron.

Kalau anda tak prefer untuk sekadar jalan-jalan tengok permandangan…

…Sabah Tea Garden bukan destinasi pilihan anda.

Anda boleh pergi ke destinasi alternatif dibawah ni.

4. Poring Hot Spring Ranau

Waktu Operasi : 8:00 a.m – 6:00 p.m (dibuka setiap hari)
Bayaran Masuk : RM3 (atas 18 tahun) & RM1 (bawah 18 tahun)

Saya faham, bukan semua orang suka jalan-jalan tengok permandangan.

Jadi, buat anda yang dalam kategori ni, saya sarankan pergi mandi-manda…

…di Poring Hot Spring Ranau.

Ini adalah kolam air panas semula jadi.

Saya sekadar boleh kongsikan info ringkas, sebab saya tak sempat nak ke sini.

Sebenarnya, trip ke kundasang ni tak sesuai 1 hari. Saya sarankan stay 1 malam. Barulah sempat untuk singgah ke beberapa tempat lagi.

Kalau anda buat day trip, jam 3.30 tu boleh bertolak balik dah. Sebab, kalau lambat bertolak, nanti langit gelap dah. Tak selamat sangat kalau nak balik bila dah gelap, sebab jalan disana berlubang-lubang dan sempit.

Jumlah Bajet untuk Trip ke Kundasang

Tiket kapal terbang (ulang-alik): RM900/pax (naik MAS, tanpa promo)

Sewa Kereta/ Van: RM120 (Myvi) & RM260 (van Hi-ace drive sendiri)

Petrol: RM100

Hotel: RM100-RM500 (bergantung pada jenis hotel dan berapa pax)

Anggaran belanja untuk 1 keluarga (4 orang) adalah RM4000.00 (termasuk makan).

Sebenarnya, ada 3 cara nak kurangkan lagi bajet trip

  1. Pilih hotel yang bajet. Hotel ni tempat untuk tidur sahaja, kebanyakan masanya kita keluar.
  2. Guna AirAsia dan beli tiket masa promo (ada rezeki, boleh dapat RM120 sahaja untuk return ticket)
  3. Turun di Kota Kinabalu, sebab jarak ke Kundasang lebih dekat berbanding Sandakan. Dapat jimatkan minyak kereta sewa.

Dengan ikut 3 tips diatas, sebenarnya dapat jimat sehingga RM1500 untuk keluarga 4 orang.

Kalau anda nak buat trip untuk keluarga besar (mak cik, pak cik, tok yang semua), lebih baik tinggal di homestay. Guna apps airbnb untuk mudah dan jimat.

Kos sewa homestay itu boleh ditontong.

Best Tak Buat Trip Ke Kundasang?

Okay la… kalau tanya saya, saya boleh bagi 3 bintang. Kira macam gitu-gitu sahajalah.

Saya biasa travel dan dah pergi banyak tempat, bila pergi Kundasang ni tidak terasa teruja sangat.

Tapi, okay la kan. Saya pergi Kundasang ni pun sebab alang-alang dah ke Sabah.

Kalau anda ada plan nak ke Sabah, boleh sahaja masukkan Kundasang dalam senarai tempat untuk dilawati.

Tapi, kalau nak ke Sabah semata-mata nak melawat Kundasang sahaja, saya tak rekemen.

Nota Tambahan Penulis:

Saya rasa tidak puas sangat makan sepanjang berada di Sabah. Sebab, taste makanan tak sesuai sangat dengan orang semenanjung.

(Tapi, sayap ayam madu Pak Ali di Kundasang tu memang power! Itulah makanan yang paling sedap di Sabah saya rasa. Tiada kepak ayam yang sesedap itu di Semenanjung. Sayap Ayam Wak Ali memang layak dipuji.)

Balik dari Sabah tu, esoknya terus saya pergi cari Nasi Arab di Kajang  Makan nasi arab Al-Fatah di TTDI Groove, Kajang. Memang ‘pergghhh’, barulah rasa nikmat makan yang sebenar. =)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Leave a Comment

© 2018 –  Foodlab.my oleh Holistic Success