Trip ke Osaka Jepun [6H5M] – (Itenari, Bajet & Tips Bercuti ke Jepun Bersama Bayi)

Trip ke Osaka Jepun (Arashiyama Bamboo Forest)
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Trip ke Osaka ni best ke?

Best!

Tapi, JANGAN melancong ke Osaka kalau jenis “MANJA”.

Sepanjang trip ke Osaka, anda kena banyak berjalan dan bertukar-tukar train.

Buat anda yang merancang untuk bercuti ke Kansai (Barat Jepun)… jadikan artikel ini sebagai rujukan sebelum trip ke Osaka.

Dalam artikel ini, saya nak kongsikan tips dan itenari untuk travel ke Osaka.

Oh ya! Disebabkan trip ke Osaka ni, saya bercuti bersama bayi berusia 8 bulan, jadi dalam artikel ni saya juga akan kongsikan sedikit tips. 

Percutian ke Jepun bersama bayi adalah mudah sebenarnya. Cuma, perlukan persiapan yang cukup sahaja.


(Pertama kali bermusafir ke Jepun dengan baby)

 Macam mana nak bercuti bersama bayi semasa musim sejuk.

Apa yang saya kongsikan ini anda wajib tahu sebelum melancong ke Osaka musim sejuk.

Perjalanan untuk melancong ke jepun masa musim sejuk akan jadi tidak menyeronokkan jika anda tidak buat persediaan yang sepatutnya.

(Lagi-lagi kalau bawa bayi. Boleh moody seharian kalau tidak betul-betul prepare)

Melancong ke Osaka musim sejuk

Melancong ke Osaka musim sejuk adalah menyeronokkan (pada pendapat saya la). Cuma, ianya sedikit mencabar kalau anda bercuti bersama bayi.

Sebelum bercuti ke Jepun semasa musim sejuk (sekitar Disember – Mac), apa yang anda kena tahu adalah, suhu disetiap daerah adalah berlainan mengikut daerah

TRIVIA: Daerah paling sejuk di Jepun adalah di Hokkaido. Sementara kepulauan Okinawa adalah daerah paling panas dan Okinawa bukan daerah 4 musim.

Buat pengetahuan anda yang nak melancong ke Osaka musim sejuk nanti, suhu di Osaka adalah sekitar 4-12 darjah celcius.

7 Barang Wajib Dibawa untuk Bercuti ke Osaka Musim Sejuk

  1. Baju sejuk kalis angin ( beli di kedai bundle, untuk baby boleh beli di butik Uniqlo)
  2. Penutup/pemanas kepala bayi
  3. Baju dan seluar heattech (ada jual di Uniqlo)
  4. Selimut (untuk bayi tidur dalam stroller masa berjalan)
  5. Snek dan makanan ringan (travel masa musim sejuk ni cepat lapar dan bukan semua kedai serbaneka ada jual snek/makanan halal)
  6. Bekalan Ubat (paling penting, bawa ubat demam, ubat batuk/selesema dan thermometer untuk bayi)
  7. Losyen (kulit cepat kering dan menggelupas masa sejuk, lagi-lagi bayi)

Pastikan anda bawa kesemua 7 barang diatas sebelum travel. Supaya, anda dapat berjalan dengan tenang dan bahagia. 😉

Persiapan dan Keperluan yang Perlu Dibeli Sebelum Trip ke Osaka

Perkara paling utama, sebelum trip ke mana-mana daerah di Jepun, anda perlu rancang dulu perjalanan anda. Buat ‘research’ nak naik train apa dan turun dekat stesyen apa.

Kaji Laluan Train untuk Sepanjang Trip ke Osaka

Cara yang paling mudah, boleh terus buat carian gunakan aplikasi Google Maps.

Data train dan bas Google Maps untuk Osaka boleh dikatakan lengkap (ada waktu berlepas, nombor platfrom menunggu, warna/nombor train dan exit).

Beli Tiket Secara Online di Malaysia

Ada beberapa tiket yang anda boleh beli di Malaysia.  

Antaranya:

  1. Osaka Amazing Pass (Nanti saya terangkan kegunaan pass ini)
  2. ICOCA (untuk naik train/bas, lebih kurang macam kad Touch n Go)
  3. Kaiyukan Aquarium (lebih besar dari Aquaria KLCC/Underwater world)
  4. Universal Studio Japan (Kalau anda tak minat taman tema, boleh skip)

Tiket boleh dibeli secara online melalui platform klook.com.

Ada tiket yang harganya lebih murah jika dibeli di klook berbanding beli secara walk-in di Jepun.

Jika mahukan DISKAUN EXTRA JIMAT, anda boleh daftar akaun klook.com melalui link ini: https://www.klook.com/en-MY/

Osaka Amazing Pass (OAP) dan ICOCA boleh diambil di airport Osaka nanti.

Osaka amazing pass dan icoca (pass bercuti ke osaka)(Inilah rupa Osaka Amazing Pass dan kad ICOCA tu)

Untuk tiket Universal Studio Japan, anda boleh download dari Apps Klook dan pastikan cetak sebelum bertolak ke Jepun.

Tiket Kaiyukan Aquarium tidak perlu dicetak, sebab nanti sebelum masuk boleh scan je QR code yang ada dalam apps Klook.

Perlu Ke Beli Osaka Amazing Pass (OAP)?

Buat anda yang belum tahu, OAP adalah travel pass untuk pelancong.

Dengan pass ini, anda boleh naik train tanpa had dan ada tempat-tempat yang boleh masuk secara PERCUMA!

“Wow! Macam best je? Wajib beli ni sebab jimat!”

Sebenarnya, pass ini berbaloi dibeli jika anda melawat lebih dari 3 tempat dalam masa sehari.

Ada 2 jenis pass yang anda boleh beli:

  1. Pass 1 hari
  2. Pass 2 hari (saya beli yang ini)

Nasihat saya, kalau anda buat trip ke Osaka lebih dari 5 hari, boleh pilih pass 2 hari. Untuk ‘short trip’ (kurang dari 5 hari), gunakan sahaja pass 1 hari.

Tempah Apartment untuk Penginapan

Apartment melancong ke Osaka (trip ke Jepun)
(Apartment yang saya sewa melalui Airbnb. Boleh duduk 8 orang. Seorang bayar dalam RM600 sahaja untuk 5 malam)

Jika anda travel solo ke Japan, tidak perlu tempah apartment. Anda boleh sahaja pilih untuk tinggal di Capsule Hotel.

Tetapi, kalau travel lebih dari 4 orang, saya sarankan lebih baik tempah 1 apartment. Ianya lebih menjimatkan berbanding menginap di Hotel.

Untuk urusan tempah apartment, anda boleh tempah melalui aplikasi Airbnb.

Sebelum tempah, baca dulu review dan rating yang diberikan oleh pengunjung terdahulu ya?

Oh ya! Anda juga boleh dapatkan DISKAUN JIMAT sehingga RM120 untuk tempahan kali pertama.

Anda hanya perlu daftar akaun Airbnb melalui link ini: https://www.airbnb.com/diskaun-referel

Kalau tak daftar melalui link ini, takde diskaun. Hehe…

3 Tips Pilih Apartment Penginapan untuk Trip ke Osaka

  1. Pilih apartment yang dekat dengan stesyen train (100m-200m). Kalau jauh sangat nanti, belum apa-apa dah penat nak berjalan. Haha…
  2. Tempah apartmen berdekatan dengan pasaraya. Supaya, senang nak beli bahan mentah untuk masak sendiri. Makanan di Jepun harga kapak sikit. Huhu…
  3. Banyak kedai serbaneka (kedai 7Eleven, Lawson atau Family Mart) berhampiran apartment. Senang nak beli Onigiri untuk buat bekalan sepanjang di luar.

Buat pengembara beragama Islam, untuk bekalan onigiri, anda kena cari onigiri tuna dan tiada campuran mirin (sejenis alcohol) dan mayonis yang ada lemak haiwan.

Sila rujuk page FB “Halal Japan”.

TIPS ANAK KECIL: Jika masuk ke kedai serbaneka di Jepun, elakkan bawa anak lalu di bahagian jualan majalah. Sebab, majalah lucah/model bogel dijual secara terbuka di Jepun.

Itenari 6 Hari 5 Malam (UPDATED: 2019)

BACA JUGA: 7 Tempat Menarik di Osaka yang boleh dilawati sepanjang 5 Hari

Sebelum saya  kongsikan tentang itenari, saya nak cerita sikit tentang penerbangan.

Untuk Jika anda pilih untuk terbang bersama AirAsia, kapal berlepas pada pagi hari (sekitar jam 9 pagi).

Jika terbang Bersama Malaysia Airlines, kapal berlepas pada malam hari (sekitar jam 11 malam).

Perjalanan dari KLIA ke KIX mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Maksudnya, kalau naik AirAsia, anda akan tiba di Osaka malam. Kalau naik MAS, anda akan tiba masa Subuh hari.

Dua-dua ada pro & con.

Kalau anda melancong ke Osaka Bersama bayi/anak kecil, saya sarankan lebih baik pilih AirAsia.

Supaya, anak anda ada masa untuk berehat sebelum berjalan jauh esoknya. Anda pun ada masa untuk pergi pasaraya untuk membeli-belah bahan-bahan mentah untuk masak bekal makanan.

Tiket flight ke Kansai (Melancong ke Osaka musim sejuk)
(Kadang-kadang, MAS akan tambah penerbangan pagi kalau flight malam penuh dan demand pula banyak)

Jika anda beli Osaka Amazing Pass dan ICOCA melalui Klook, anda boleh ambil kedua-duanya di Airport.

Tapi, jangan guna OAP dulu. OAP akan digunakan masa hari ke-2.

Ini senarai tempat yang anda boleh kunjungi untuk trip ke Osaka.

  • ‘Touch down’ di Kansai International Airport (HARI 1)
  • Kaiyukan Aquarium, Tempozan Ferris Wheel dan Restoren Matsuri (HARI 2)
  • Osaka Castle, Tsutenkaku & Dotonbori River Cruise (HARI 3)
  • Universal Studio Japan (HARI 4)
  • Berkunjung ke Kyoto – Arashiyama Bamboo Forest & Gion (HARI 5)
  • Pulang ke Negara Terchenta (HARI 6)

Untuk maklumat lanjut tentang train dan apa aktiviti menarik yang ada ditempat-tempat diatas, anda boleh rujuk artikel ini: www.foodlab.my/tempat-menarik-osaka (klik untuk baca sekarang)

Saya ada tulis secara lebih mendalam tentang aktiviti menarik pada artikel diatas.

Maaf sebab saya terpaksa kongsikan pada artikel lain, sebab kalau nak kongsi semua dalam satu artikel nanti akan jadi panjang sangat. =)

Perbelanjaan Bercuti 6H5M di Osaka

Perbelanjaan di bawah tidak termasuk penginapan. Bajet penginapan bergantung pada jenis penginapan. Saya sarankan anda sewa apartment melalui AirBnb. BOleh masak, dah jimat duit makan. 

  1. Makan : *RM700 
  2. Pengangkutan (subway/bas) : +-RM200 (beli pass ICOCA)
  3. Tiket :
    • 2 Day Osaka Amazing Pass : RM125
    • Kaiyukan Aquarium : RM87
    • Universal Studio Japan : +- RM400 (ikut musim)
JUMLAH = RM1,412.00 (*Boleh jimat lagi kalau masak sendiri dan bawa makanan segera dari Malaysia)
 
Best ke Bercuti ke Osaka? 

Arashiyama Bamboo Forest (Tempat menarik di Kyoto)

 

 

 

 

 

 

 

Pada pendapat peribadi saya, seronok juga bercuti ke Osaka. Tapi, saya rasa bercuti ke Seoul Korea lebih seronok.

Sebab, Seoul adalah bandar yang masih mengekalkan tempat sejarah, perkampungan (ada kawasan perumahan tradisional korea di Seoul) dan taman tema Everland (milik Samsung) lebih menyeronokkan berbanding Universal Studio Japan.

Apa pun Osaka tetap menarik untuk dilawati. Banyak perkara kita boleh belajar dari pengalaman trip ke Osaka.

Trip ke Osaka (Rating):
4/5

Leave a Comment

© 2018 –  Foodlab.my oleh Holistic Success